BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN / PEGAWAI
MASJID AL-MUKARRAMAH, BANDAR SRI DAMANSARA
IMAM BESAR/PENGURUS
· Memastikan pejabat masjid beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
· Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan masjid.
· Mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas selaku ketua pejabat bagi memastikan kualiti kerja.
· Merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.
· Memastikan jadual imam/bilal dan pengajian masjid berjalan dengan lancar.
· Mengimami solat jemaah dan menyampaikan khutbah mengikut giliran.
· Membaca doa di dalam program-program rasmi anjuran masjid.
· Memastikan buletin masjid dapat dikeluarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
· Memastikan penyediaan penyata akaun masjid dan mengetahui penyata akaun semasa masjid serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
· Meluluskan cuti pegawai masjid dan staf pentadbiran.
· Memberikan keizinan untuk keluar pejabat kepada pegawai masjid seperti sakit, kematian, dan sesuatu yang dirasakan perlu.
· Mengesahkan/menandatangani surat-surat berkaitan seperti akuan permastautin ahli kariah dan suatu yang tidak bertentangan dengan peraturan kerajaan.
· Meminitkan surat yang diterima.
· Memantau dan mempertingkatkan keceriaan masjid.
· Memastikan keselamatan dan harta benda milik masjid dalam keadaan baik dan selamat.
· Mengadakan hubungan dua hala antara jawatankuasa masjid.
· Melaksanakan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh Nazir, Timbalan Nazir, Setiausaha dan Bendahari masjid sebagai majikan.
IMAM QARIAH 1
· Mengimami solat jemaah mengikut jadual yang ditetapkan oleh Imam Besar.
· Menyampaikan khutbah jumaat mengikut giliran yang diaturkan oleh Imam Besar.
· Menghadiri jemputan untuk mengetuai bacaan doa selamat / kenduri arwah / seupamanya.
· Mengimami solat jenazah / bacaan talqin.
· Mengetuai bacaan Al-Quran / tahlil.
· Membantu tugasan bilal semasa ketiadaan bilal / apabila diperlukan.
· Memastikan persekitaran masjid berada dalam keadaan baik.
· Menjadi rujukan dalam permasalahan berkaitan hukum-hakam.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Imam Besar / Pengurus dari semasa ke semasa.
IMAM QARIAH 2
· Mengimami solat jemaah mengikut jadual yang ditetapkan oleh Imam Besar.
· Menyampaikan khutbah jumaat mengikut jadual yang ditetapkan.
· Menghadiri jemputan untuk mengetuai bacaan doa selamat / kenduri arwah / seupamanya.
· Mengimami solat jenazah / bacaan talqin.
· Mengetuai bacaan Al-Quran / tahlil.
· Membantu tugasan bilal semasa ketiadaan bilal / apabila diperlukan.
· Memastikan persekitaran masjid berada dalam keadaan baik.
· Menjadi rujukan dalam permasalahan berkaitan hukum-hakam.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Imam Besar / Pengurus dari semasa ke semas
BILAL 1
· Bertanggungjawab memperdengarkan bacaan al-quran sebelum azan dilaungkan.
· Mengazankan solat fardhu.
· Menyediakan peralatan siaraya untuk digunakan.
· Membantu siak dalam persediaan tempat solat.
· Memantau dan memastikan persekitaran masjid berada dalam keadaan baik.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Imam Besar / Pengurus dari semasa ke semasa.
BILAL 2

PEGAWAI PENYELENGGARAAN
· Bertanggungjawab dan memastikan peralatan elektrik, mekanikal dan peralatan siaraya dalam keadaan baik dan selamat di gunakan.
· Menerima aduan elektrik, mekanikal dan siaraya untuk dibaikpulih.
· Penyediaan peralatan untuk kegunaan apabila ada sesuatu program besar.
· Memastikan bekalan air mineral untuk tetamu mencukupi.
· Memastikan bekalan bateri untuk peralatan siaraya mencukupi.
· Bertanggungjawab di atas keselamatan peralatan-peralatan elektrik, mekanikal dan peralatan siaraya dalam simpanan.
· Memantau peralatan dapur dan dewan makan masjid.
· Membantu imam / bilal jika ada keperluan.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
KERANI
· Menjawab panggilan telefon.
· Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan masjid atau yang diarahkan oleh Pengurus.
· Mengurus Buku Kehadiran staf pejabat dan memastikan kehadiran staf direkod dengan tepat dan amanah.
· Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan pembayaran seperti bil-bil dan lain-lain.
· Mengambil/menerima surat, seterusnya diserahkan kepada Pengurus untuk diminitkan.
· Memasukkan surat-surat ke dalam fail yang berkenaan.
· Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
· Mengemaskinikan sistem fail.
· Menguruskan urusan-urusan percetakan dan penerbitan.
· Mengemas bilik pengurus dan bilik cetak.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
PEMBANTU TADBIR
· Menjawab panggilan telefon.
· Bertanggungjawab menyediakan tuntutan gaji, tuntutan pembayaran seperti bil-bil masjid dan menyediakan penyata akaun tahunan.
· Menguruskan pesanan barang-barang keperluan masjid dan pejabat masjid.
· Mencatat baucer pembayaran.
· Menguruskan urusan-urusan percetakan dan penerbitan.
· Mengepos/menerima surat seterusnya menyerahkannya kepada Pengurus untuk diminitkan.
· Membantu memastikan jadual imam/bilal dan pengajian masjid berjalan dengan lancar.
· Membantu kerani.
· Memastikan harta benda milik masjid dalam keadaan baik.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus dari semasa ke semasa. Menguruskan urusan-urusan percetakan dan penerbitan.
SIAK
· Menjaga kebersihan dewan solat dan persekitaran masjid.
· Menjaga keselamatan harta benda masjid.
· Membuat segala persediaan yang perlu untuk solat.
· Membuat kerja-kerja pembersihan dapur, tempat wudhuk dan tandas.
· Memastikan dewan makan berada dalam keadaan bersih selepas digunakan dalam sesuatu program.
· Menampal poster dan menyusun pamplet supaya kemas dan teratur.
· Menyediakan tabung kutipan pada hari jumaat dan program-program rasmi masjid.
· Memastikan suis lampu dan kipas dihidupkan dan dimatikan.
· Memastikan pintu-pintu masjid ditutup pada waktu malam.
· Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.