|
TANDA ISTERI NUSYUZ Dipetik dari buku 'PANDUAN UNTUK MATI BERIMAN' |
Seorang isteri apabila ia mendurhakai suaminya bererti ia telah melakukan dosa besar. Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang isteri itu di kira durhaka kepada suaminya. 1. Enggan menyahut dan menunaikan panggilan atau ajakan suaminya, samada untuk apa jua urusan, lebih-lebih lagi apabila suaminya mengajak ke tempat tidur. 2. Tidak mematuhi perintah suami atau tidak mahu berkhidmat kepada suaminya, sama ada ia diminta atau sebaliknya. 3. Bermasam muka kepada suami. Samada ketika dimarahi suami atau pada masa-masa tertentu atau sepanjang masa. 4. Menyakiti suami dengan lidahnya. 5. Membeban suami dengan tuntutan-tuntutan yang diluar kemampuan suami menyediakannya. 6. Keluar rumah tanpa izin suami, sama ada menutup aurat atau mendedah aurat. Kecuali kepada hal-hal yang dibolehkan oleh syariat, dgn. syarat dlm. keadaan menjaga marwah. 7. Berhias ketika suami tidak ada dirumah(di sampingnya). Lebih-lebih lagi untuk diperlihatkan kepada orang lain, maka dosanya lebih besar lagi. 8. Menghina pergorbanan suami. Iaitu tidak berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh suami dan selalu sahaja menyatakan perasaan tidak puas hati, bahkan ia menuntut lebih daripada itu. 9. Membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami ke dalam rumah. 10. Tidak mahu menerima nasihat dan pimpinan suami. |