Fidyah merupakan bayaran denda
yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti
puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya
bulan Ramadan tahun berikutnya.
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak
bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa
tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah
ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah
melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan
digandakan.
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi
penduduk) sebanyak 675 gram. Kadar tersebut berubah mengikut
harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras
tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin.
Di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), kami menerima pembayaran
fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut
kepada fakir dan miskin
|
Bil
|
Golongan
|
Fidyah
|
| 1 |
Orang yang meninggalkan puasa Wajib
kerana uzur syar'ie atau sengaja |
Wajib qada' sebelum datangnya Ramadan akan datang,
sekiranya masih belum di Qada' maka dikenakan fidyah
|
| 2 |
Uzur tiada kebarangkalian untuk sembuh
atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa. |
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan
tidak perlu meng-qadha puasanya. |
| 3 |
Ibu hamil atau menyusukan anak yang
tidak berpuasa kerana bimbang akan:
1. Kandungannya terjejas
2. Air susunya kering
3. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya |
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah
diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang
sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya
Ramadhan, maka berpuasa kerana dirinya dikenakan
fidyah berganda WAJIB qadha sebelum ramadhan akan
datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka
barulah dikenakan fidyah.
|
Kadar fidyah bagi tahun 1429H (2008M) ialah RM 1.25
sehari bagi Negeri Johor Darul Takzim
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang Baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675gram
atau bersamaan dengan RM 1.25* bagi sehari yang
ditinggalkan |
| Pengiraan
Fidyah |
Kaedah 1
Contoh: Sekiranya seseorang telah meninggalkan puasa selama 10 hari
pada tahun 2005, pengiraannya seperti berikut:
| 2005 |
|
|
| 2006 |
1+ |
}
6 |
| 2007 |
2+ |
| 2008 |
3 |
| Jumlah |
6 |
|
6 x RM5.00 (fitrah semasa) x 10 hari (tinggal
puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------
4 ( nilai mud / cupak )
= RM 75.00 |
| Kaedah 2
Contoh :
Seseorang meninggalkan puasa selama 10 hari tetapi sudah
bertahun-tahun dan tidak mengetahui tahun bila
ditinggalkan puasanya itu, Pengiraannya seperti berikut:
3 ( ulama bersepakat) x RM 5.00
(fitrah semasa ) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 { nilai mud / cupak )
=RM 37.50
|
|
|
|
Prosedur Pembayaran Fidyah
|
- Pembayar Datang Ke Kaunter Mengisi Borang
Maklumat (fidyah)
- Pegawai Akan Menyemak
- Betul (*jika salah ulang ke no.2)
- Buat Pembayaran Fidyah
- Mengeluarkan Resit
- Fidyah Selesai
|