al-Firdaus.Com
. Welcome to al-Firdaus.Com   !  Jun 10, 2005 - 12:37 AM  
.
.
.
Menu Utama
.
· Home

· E-Books
· Ulasan Buku
· Soal Jawab Agama
· Artikel Pilihan
· Artikel Bersiri
· Ringkasan Buku
· Downloads
· Search

· Recommend Us
· Top List
· Members List
· Web Links
· Statistics

Ruangan Baru
.

Ada Soalan Agama?
.


     Sila Klik Di Sini     



Laman Diskusi
.


Sertai kami di 

      AlFikrah Net!      



Online
.
We have 1 guest and 0 members online

Welcome Guest, become a member today.


Login
.
 Username
 Password
 Remember me


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

.
. . .
Hukum Memakai Serban
600 Reads
 
.
.
Fiqh

Oleh Tuan Hassan Tuan Lah

Tidak ada hadis yang sahih menerangkan fadhilat memakai serban. Beberapa yang masyhur semuanya memiliki kecacatan.




a. "Dua raka'at solat lebih baik daripada 70 raka'at tanpa serban" Hadis Maudhu' (Albani, Silsilah Maudhu'ah, ms 161) 

b. "Satu kali Juma'at dengan (memakai) serban menyamai 70 Juma'at tanpa serban." Hadis Maudhu' (Ibn Hajar al-Asqalani, Lisan al-Mizan) 

c. "Satu kali solat dgn serban menyamai 10 Hasanah." Hadis Maudhu' (Ibn Arraq al Kinani, Tanzih al-Syari'ah) 

 

Memakai Serban ketika Solat. 

Memakai serban atau sebarang penutup kepala yg menasabah (ketayap, kain) adalah disukai dan MAKRUH jika meninggalkan tutup kepala tanpa sebarang uzur.

Imam Ridha, Fataawa, Jld 5, ms 1849 Syaikh al Qari, Sunan wal Mubtadi'at, ms 69 al Muhaddith, Tamamul Minnah, Ms 164 Imam at Tohawi, Syarh Ma'ani al Atsar, Jld 1, ms 221 Dalil: HR Tabarani, alBaihaqee: 

"Kerana Allah adalah yg paling berhak utk seseorang berhias dirinya." (Majma' az Zawaid, Jld 2/51 dan Silsilah as Sahihah no 1369)

Termasuk kesempurnaan solat seseorang ialah berhias, dan memakai sesuatu pada kepala termasuk maksud berhias utk solat.

 

Serban: Pakaian KeAraban atau Sunnah yg Khusus?  

Kedua-duanya sekali. Serban adalah pakaian Arab dan juga pakaian Sunnah yg khusus. Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membedzakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti) 

Serban pada sisi budaya masyarakat non-Arab

Sudah lama umat Islam mengiktiraf serban sebagai pakaian kesolehan dan pakaian para ulama' mereka. Baik di Indonesia, Acheh, Pantai Timur Malaya, dan Fatani, serban adalah sinonim dgn keulama'an. Berdasarkan kaedah Fiqh yg masyhur, al'Aadat Muhkamat (Tradisi itu dapat dijadikan hukum), maka tradisi berserban dan menutup kepala itu tidak bercanggah dgn syara'. Penjajahan melihat tradisi ini semakin longgar dan segalanya bermula di Turki bila regim Kamal Attaturk memansuhkan tutup kepala yg masyhur dalam budaya Islam ini dengan tutup kepala ala Eropah.

Status serban dalam masyarakat muslim moden hari ini  
 
Ulama'-ulama' hari ini memilih utk tidak memakainya kerana ia dipakai oleh pelajar2 pesantren, sekolah agama, juga dipakai oleh pelakun dalam pementasan sempena hari besar Islam dan filem2 keagamaan, orang jahat dan keji juga memakainya bila diseret ke mahkamah. Jika dulu serban adalah pakaian ulama', tapi kerana ia meluas dipakai oleh orang yg tidak layak atau tidak berhak memakainya, atau orang yg menyamar memakainya, para ulama' kebanyakannya memilih utk tidak memakainya lagi. (Dr KH Ali Mustafa Yaakub MA, Hadis-hadis bermasalah, Kompilasi article dalam Majalah Amanah Jakarta) Serban boleh dipakai dgn syarat dihidupkan sunnah-sunnah yg lain. Kebelakangan ini ujud mereka yg berserban, berjanggut panjang tapi diburu kerana aktiviti keganasan dan pengeboman. Berserban dengan menghidupkan sunnah-sunnah memang menghidupkan tradisi keulamaan silam.

Rumusan:  

1.  Serban boleh dipakai dgn syarat dihidupkan sunnah-sunnah yg lain. Kebelakangan ini ujud mereka yg berserban, berjanggut panjang tapi diburu kerana aktiviti keganasan dan pengeboman. Berserban dengan menghidupkan sunnah-sunnah memang menghidupkan tradisi keulamaan silam.

2.  Pakaian tradisi kaum masing2 juga bisa dipakai asalkan dalam batasan aurat dan kesopanan Islam 

3.  Apa jua kekarutan mengenai fadhilat serban hendaklah dibersihkan. Berserban atau menutup kepala termasuk antara sunnah-sunnah solat dan kesempurnaannya. 

4.  Langkah awal kita sekarang ialah mengurangkan imej orang berserban yg melakukan kejahatan dan keganasan.




Send this story to a friend  Printer friendly page
.
. Posted by: Admin on Monday, April 12, 2004 - 11:18 AM   .
.
 
 
Related links
.
· More about Fiqh
· News by Admin


Most read story in Fiqh:
Syubhat di dalam batas aurat wanita


.

Sesungguhnya Berjayalah Orang-orang yang Beriman

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.