Pengertian Korban
Korban dari sudut istilah ialah menyembelih binatang tertentu *(Binatang-binatang an’am ( ternakan ) seperti unta, lembu dan kerbau, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya) dengan niat taqarrub kepada Allah pada masa-masa tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah).
Hukum Berkorban
Hukum ibadat korban itu adalah sunat mu’akkad yang berupa sunat kifâyah jika ahli keluarga orang yang menyembelih korban itu ramai bilangannya. Jadi jika salah seorang daripada mereka menyembelih korban maka adalah memadai untuk mewakili semua ahli keluarga. Sebaliknya jika dia tidak mempunyai ahli keluarga melainkan hanya dirinya seorang sahaja, maka hukumnya adalah sunat ‘ain.
Dua Bentuk Korban
1. Korban Wajib ( Korban Nazar )
2. Korban Sunat
Ia di kira Korban sunat sekiranya tidak ada sebab2 dan syarat untuk menjadikannya wajib.
Syarat-syarat
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan.
2. Dilakukan dalam masa yang tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah)..
Waktu / Masa Korban
Waktu bagi menyembelih binatang korban adalah bermula apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat sembahyang Hari Raya serta bacaan khutbahnya yang ringkas setelah naik matahari pada Hari tasyrik.
Waktu untuk menyembelih binatang korban ini berterusan hingga ke hari Tasyrik yang terakhir. Penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam adalah makruh menurut Mazhab Syafi’e.
Perkara sunat semasa korban
1. Membaca Basmalah
2. Berselawat ke atas Nabi s.a.w
3. Mengarahkan Binatang Korban yang disembelih ke arah kiblat.
4. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah
5. Berdoa
اللهم هذه منك وإليك , نعمة صادرة منك , تقربت بها إليك
Beberapa persoalan mengenai Korban
Soalan:
Hukum orang yang melakukan ibadah korban, memakan daging binatang yang dikorbankan?
Jawapanya:
Adalah tidak harus (haram) bagi orang yang melakukan korban (tuannya) dan ahli keluarganya memakan daging korban wajib (korban Nazar) .Manakala, sekiranya korban tersebut hanyalah korban sunat, maka tuannya (orang yang melakukan korban) adalah sunat untuk memakannya.
Soalan:
Melakukan korban untuk orang lain?
Jawapanya:
Menurut pendapat ulama’ mazhab as-Syafi’e adalah harus melakukan korban bagi orang lain sekiranya adanya keizinan atau wasiat daripada orang tersebut. Sehubungan itu, tidak boleh melakukan korban bagi orang lain tanpa keizinan dan wasiat daripada orang tersebut. Keseluruhan daging tersebut perlu disedekahkan.
Soalan:
Perbezaan antara Aqiqah dan Korban?
Jawapan:
Diterangkan sepertimana dalam jadual di bawah:
Aqiqah
|
Korban
|
Dagingnya sunat dimasak dan disedekahkan dalam bentuk yang telah dimasak.
|
Dagingnya sunat disedekah dalam keadaan mentah.
|
Adalah sunat dilakukan bermula kelahiran Bayi sehingga baligh. Namun begitu, sunat yang dituntut ialah melakukanya pada hari ke tujuh daripada kelahiran bayi tersebut
|
Hanya sah dilakukan pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan Hari Tasyrik |
|