© Masjid Al-Mukarramah

Jalan Saga SD 8/1
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
Tel : 03-6272 3944
E-mel : info@masjidalmukarramah.org

 
 

 

Assalamualaikum wrt wbt,

Sidang jemaah dan pembaca yang dihormati,

Pujian dan sanjungan yang maha tinggi ke Hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad saw.

Dengan adanya laman web masjid ini diharap dapat membantu para jemaah untuk mengetahui maklumat mengenai setiap aktiviti yang dijalankan. Diharapkan juga para jemaah dapat membantu memperindah dan memperbaiki mana-mana kekurangan yang terzahir.

Sejak akhir – akhir ini banyak isu yang berlaku, di dalam mahupun diluar negeri. Maka marilah bersama-sama kita doakan agar umat Islam terus bersatu padu memartabatkan Islam di muka bumi ini. Kita doakan umat Islam di seantero dunia diberikan kesabaran dan nusroh dari Allah, Insyaalllah.

Bagi kita di sini, marilah bersama mengorak langkah yang terbaik , merancang dan menjana aktiviti masjid. Jadikan ia sebagai pusat aktiviti ummah al Mukarramah.

Maaf  di atas segala kekurangan dan kelemahan di dalam pengurusan kami.

Wassalam

Sila Muat Turun Borang Jaringan Komuniti  --->